Sek.Keb.Lui Muda ( FELDA )

Kegiatan Dan Pendidikkan

Ahad, 28 Februari 2010

Program Belajarlah Sayang.

Program belajarlah sayang tertumpu kepada usaha mewujudkan kelas belajar secara kumpulan disetiap rumah murid murid. Sasaran murid tahun empat,lima dan enam sebagai persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
Ibu bapa dan pihak sekolah sedang mengatur langkah bagi mengadakan kelas belajar yang memerlukan lima murid bagi setiap kumpulasn dan akan dilakukan secara bergilir gilir dirumah murid kumpulan tersebut.
Subjek yang akan difokuskan dalam kelas kumpulan pelajar ialah Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Sains dan Matematik. Sepanjang program tersebut berlangsung pemantauan oleh guru guru bertugas juga akan dilakukan dari segi pengisian dan keselamatan murid.

Sabtu, 27 Februari 2010

Murid Cemerlang UPSR dirai sekolah.

Murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK)Felda Lui Muda,Mohd Iqbal Hakim Samsudin,diraikan dengan penuh meriah oleh guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) Murid mendapat A dalam semua mata pelajaran itu dianggap sebagai inspirasi kepada murid lain dalam mencapai kejayaan sama.
Guru Besar sekolah Azmi Alias berkata pencapaian cemerlang diperoleh murid sulung sekolah itu adalah idola kepada murid lain. Menurutnya,usaha untuk meningkatkan jumlah murid cemerlang sekolah sedang giat dijalankan. Bukan sahaja guru,tetapi murid turut digesa,bermula dari sekarang belajar bersungguh sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang.
Ini penting untuk menaikkan martabat sekolah keperingkat lebih tinggi dari masa ke semasa.
Menerusi majlis itu pihak sekolah menghadiahkan basikal kepada Mohd Iqbal,manakala PIBG menyumbangkan wang sagu hati RM500.

Pengikut

Facebook Badge