Sek.Keb.Lui Muda ( FELDA )

Kegiatan Dan Pendidikkan

Sabtu, 27 Februari 2010

Murid Cemerlang UPSR dirai sekolah.

Murid cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK)Felda Lui Muda,Mohd Iqbal Hakim Samsudin,diraikan dengan penuh meriah oleh guru dan ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) Murid mendapat A dalam semua mata pelajaran itu dianggap sebagai inspirasi kepada murid lain dalam mencapai kejayaan sama.
Guru Besar sekolah Azmi Alias berkata pencapaian cemerlang diperoleh murid sulung sekolah itu adalah idola kepada murid lain. Menurutnya,usaha untuk meningkatkan jumlah murid cemerlang sekolah sedang giat dijalankan. Bukan sahaja guru,tetapi murid turut digesa,bermula dari sekarang belajar bersungguh sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang.
Ini penting untuk menaikkan martabat sekolah keperingkat lebih tinggi dari masa ke semasa.
Menerusi majlis itu pihak sekolah menghadiahkan basikal kepada Mohd Iqbal,manakala PIBG menyumbangkan wang sagu hati RM500.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Facebook Badge